Showing posts with label Babus Solah. Show all posts
Showing posts with label Babus Solah. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Syaitan Pun Takut!


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu SUBUH berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu ZUHUR orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ASAR hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam.

Kemudian ketika datang waktunya MAGHRIB, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat ISYA', maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan sambil beredar pergi. 

Monday, October 18, 2010

Solat Dhuha - Pemurah Rezeki

Muqaddimah:

Dhuha bermaksud pagi. Secara mudah ceritanya, batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.


Rasulullah s.a.w. menjelaskan:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru itu, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah sedikit lesu bekerja.

Cara melaksanakannya:

Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah Al-Syams pada Rakaat Pertama dan Al-Dhuha pada Rakaat Kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Berikut adalah doa solat selepas Dhuha yang lazimnya di baca:


Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti boleh la lakukan 4, 6 atau 8 rakaat dan sehingga 12 rakaat.

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang. Semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA..

Friday, October 8, 2010

Kaabah

Pertamanya saya ingin mengucapkan Alhamdulillah, berbanyak-banyak syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan peluang untuk saya pergi ke Rumahnya, Baitillah pada tahun 2006. 

Pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata, betapa indahnya Baitillahil Haram. Suatu perasaan yang sangat menakjubkan tatkala pertama kali menatap Kaabah secara Live. Menitis air mata saya. Allahu Akbar.

Ya Allah, berikan lah aku peluang lagi untuk melawat RumahMu...




Dalam Kaabah



Hajarul Aswad (Alhamdulillah, sempat ku kucup!)



Ke tempat Air Zam Zam


Telaga Lama Air Zam Zam




Pintu Kaabah


Kunci Kaabah Baru


Pancur Emas



Maqam Nabi Ibrahim A.S




Thursday, October 7, 2010

They've never abandoned it !

Women have not abandoned it



Children have not abandoned it



On the roads, they have not abandoned it



In the midst of ruins and destruction, they have not abandoned it





Under the bombings, they have not abandoned it



Under the rain, they have not abandoned it





On the stairs, they have not abandoned it



In train stations, they have not abandoned it



In planes, they have not abandoned it



On the beaches, they have not abandoned it







Before they are captured, they have not abandoned it



And after they are captured, they have not abandoned it



The disabled have not abandoned it




So why would you ??

Do you want to wait until the day when you'll be pray upon ??