Showing posts with label Ekonomi Islam. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi Islam. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Jimat Cermat

Salah satu amalan orang yang BIJAK KEWANGAN adalah:

"SPEND less than what you EARN


Berikut adalah tips-tips yang boleh di guna pakai:

Kurangkan makan luar dengan keluarga, makan di rumah!
Bawa bekal dari rumah ke pejabat
Baca akhbar melalui Internet dan tidak lagi membeli
Daripada keluar menonton wayang, tonton di rumah melalui dvd
Bayar bil secara online- tidak perlu keluar rumah
Car pool - bergilir-gilir kereta dengan rakan pejabat dan jimatkan petrol
Tidak perlu membeli majalah, dapatkan maklumat online
Kurangkan ke complex membeli belah, tetapi beriadah bersama keluarga di taman
Beli kereta terpakai yang masih baik
Ubah lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah (energy saving)



**Petikan dari IrfanKhairi.com, Tips 1 minit

Monday, October 18, 2010

Solat Dhuha - Pemurah Rezeki

Muqaddimah:

Dhuha bermaksud pagi. Secara mudah ceritanya, batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.


Rasulullah s.a.w. menjelaskan:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru itu, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah sedikit lesu bekerja.

Cara melaksanakannya:

Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah Al-Syams pada Rakaat Pertama dan Al-Dhuha pada Rakaat Kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Berikut adalah doa solat selepas Dhuha yang lazimnya di baca:


Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti boleh la lakukan 4, 6 atau 8 rakaat dan sehingga 12 rakaat.

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang. Semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA..

Sunday, October 17, 2010

GAMBAR saya dgn Abg Abu, Dr. Irfan Khairi dan Raihan!




Bicara Santai bersama Dr. Irfan Khairi dan Abg Abu


Bersama ABANG ABU (1 jam pertama)

1) Untuk BERJAYA, kita perlu tahu ape yang kita INGIN kan.

2) SET @ PROGRAM kan dalam OTAK yang kita mahu BERJAYA.
- Sesungguhnya setiap AMALAN itu bermula dengan NIAT.

3) Bila sesiapa tanya, "How are you today?" Biasanya kita akan jawab dgn lemah.."Fine.....". Itu bukan tindakan orang yang berjaya.

Orang yang berjaya akan menjawab "I'm GREAT", dengan penuh semangat!
G.R.E.A.T
Get Really Excited About Today!

4) Kita perlu ada P.H.D dulu baru dapat M.B.A
Passion, Hunger, Desire
Massive Bank Account!

5) SURVEY yang dibuat oleh Abg Abu terhadap orang yang pergi bekerja pukul 7pg di MRT Station di Singapura.

Ada 5 soalan (saya sertakan jawapan terus):
1. "Nak pegi mana bang?"
- Of course la majoriti jawab "Nak gi kerja la"

2. Buat ape pegi kerja?
-"Nak carik duit."

3. "Buat ape carik duit?"
- Responden dah mula macam nak marah "Abg ni gile ke tanya macam ni. Saya nak makan, nak suap bini, anak nak gi sekolah, bayar macam-macam hutang, kereta, apartment ................"

4. "Abg suke ke pegi keje?"
- "Terpaksa la. Nak buat macam mana. Mana ada suka. Bosan ada la"

5. "Kalau abg dapat 1 Juta esok, ape abg buat"
- "Benti keje la. Buat ape nak keje lagik"

Kesimpulan: Orang yang TIADA DESIRE dalam melakukan kerja adalah orang yang NIPIS POKETnya. Jika 5 soalan ini ditanya pada orang yang POKET TEBAL, jawapannya adalah, "Saya SANGAT MINAT dgn  kerja saya. Walaupun saya sudah ada BERBILLION duit dalam akaun tetapi saya tetap bersemangat NAK BEKERJA, sebab saya MINAT!"

6) G.E.T  R.I.C.H
G = GET UP early (Islam ajar kita bangun Subuh & jgn tidur balik!)
E = EARN MORE than what you SPEND
T = TRAIN yourself skill of MAKING MONEY everyday
R= RESOURCE-full (Bina jaringan kenalan yang bekualiti)
I= INVEST (Share, Unit Trust). Saving akan rugi dengan INFLASI!
C = CHARITY (Banyakkan SEDEKAH)
H = Make all the steps above as a HABIT.

7) We need a MAP over a MAP to succeed

Mind, Action, Planning
-----------------------
Mentor, Allah, Prayer

8) NIAT, EXCITED, FUN+D!

**1 jam selepas tu pula, giliran Irfan Khairi memberikan tips-tips PERNIAGAAN INTERNET! Penuh dengan RAHSIA yang telah di BONGKAR oleh beliau. Kalau ada masa nanti saya kongsi di post seterusnya! What a GENIUS guy!

Friday, October 15, 2010

Temujanji Bersama Irfan Khairi

Salam Taufik Latef,


Terima kasih di atas email anda untuk sesi 'Bicara Santai Buat Duit Simpan Duit' bersama Irfan Khairi dan Abang Abu

Bicara Santai Buat Duit Simpan Duit

Tarikh: Sabtu, 16hb Oktober 2010
Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam

Tempat anda telah disediakan, akan tetapi kami hanya memegangnya sehingga 8 malam sebelum membukanya kepada hadirin walk-in. Anda digalakkan datang awal sebelum 8 pm pada hari tersebut bagi menjamin tempat anda dalam bicara santai percuma ini. Sebagai tambahan, untuk sesi ini, kami juga akan memberi sebuah rakaman audio "Wang & Anda" oleh Irfan Khairi berharga RM20 kepada secara PERCUMA sebagai "door gift"!

Jumpa anda di sana!

Wednesday, October 13, 2010

Tips Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

 
1. Menyempatkan Diri Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan Perbuatan Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa Ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat Baik dan Menolong Orang yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat Kebajikan Banyak-Banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin Silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.


15. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan Ayat Quran
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


 19. Berikhtiar Sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan TAKWA, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.