Showing posts with label Kosena. Show all posts
Showing posts with label Kosena. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Iphone 4 vs Samsung Galaxy S



I hope that this 25min Techno Buffalo youtube video can shed some light... but it end up casting more doubts!

Thursday, October 21, 2010

New Proton Inspira

Video KREATIF dapat dari kawan yang baru beli Lancer! Hmmmm...Sila tonton ya..

Wednesday, October 20, 2010

Iklan RM1 !

Monday, October 18, 2010

RM 1 in Office

Setiap pagi hari bekerja, saya biasanya akan berhenti di Petronas untuk beli air kotak 250ml dalam harga RM 1.50 - 1.80 sebagai breakfast.

Tapi sekarang mungkin dah tak beli di Petronas lagi sebab dekat office ada air tin or botol 300ml & 600ml dengan harga RM 1 saja.

Yeah!



Dah abes RM 2 hari ni untuk 1 air tin dan 1 air botol. Berbaloi-baloi kan??


Sunday, October 17, 2010

Friday, October 15, 2010

Temujanji Bersama Irfan Khairi

Salam Taufik Latef,


Terima kasih di atas email anda untuk sesi 'Bicara Santai Buat Duit Simpan Duit' bersama Irfan Khairi dan Abang Abu

Bicara Santai Buat Duit Simpan Duit

Tarikh: Sabtu, 16hb Oktober 2010
Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam

Tempat anda telah disediakan, akan tetapi kami hanya memegangnya sehingga 8 malam sebelum membukanya kepada hadirin walk-in. Anda digalakkan datang awal sebelum 8 pm pada hari tersebut bagi menjamin tempat anda dalam bicara santai percuma ini. Sebagai tambahan, untuk sesi ini, kami juga akan memberi sebuah rakaman audio "Wang & Anda" oleh Irfan Khairi berharga RM20 kepada secara PERCUMA sebagai "door gift"!

Jumpa anda di sana!

Monday, October 11, 2010

Irfan Khairi - Dae'i, Bussinessman, Internet Millionaire & Motivator

Saya baru sahaja selesai membaca buku tulisan Jutawan Internet Malaysia yang terkenal, Saudara Irfan Khairi.

Saya amat meminati tulisan beliau. Seperti contoh, buku yang baru habis di baca, "Nota Jutawan, Nota Perniagaan", KUALITI yang saya dapat dengan hanya membayar RM 30 amat berbaloi-baloi.

Dengan GAYA PENULISAN BERSAHAJA, serta fakta-fakta yang padat dengan topik PERNIAGAAN yang berunsurkan ISLAMIK, Irfan Khairi berjaya mencuri tumpuan saya sehingga saya dapat menghabiskan sebuah buku tulisan beliau dalam masa 2 hari sahaja!

Sememangnya kesinambungan Irfan Khairi dan syarikat penerbit buku ini, iaitu Telaga Biru, amat cocok sekali. Di tambah pula dengan KUALITI KERTAS yang BERMUTU TINGGI, buku yang PENUH WARNA-WARNI, selingan ANIMASI LUCU yang di paparkan pada setiap helaian kertas ini membuatkan saya langsung tidak teragak-agak untuk me-RECOMMEND buku ini kepada anda semua!

** Maklumat peribadi tambahan: Saya amat meminati ILMU PERNIAGAAN, MOTIVASI, DAYA INTELEK dan KUALITI Saudara Irfan Khairi ini sehinggakan saya turut menamakan anak sulung saya dengan nama IRFAN!

** Irfan dalam bahasa Melayu bermaksud KEBIJAKSANAAN!

Thursday, October 7, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan!

Entry ini di tujukan buat semua yang telah, sedang & bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR & SPM pada tahun ini, 2010.

Khasnya buat anak saudara saya, Hafiz & Huda dan adik ipar, Zetty Nur Afikah.

USAHA lah bermula dari sekarang, jangan tunggu last minute.

Sesudah berusaha hendaklah kita ber TAWAKKAL hanya kepada ALLAH.


Dan kesudahannya, kita harapkan agar USAHA & TAWAKKAL kita akan membuahkan hasil, yakni KEJAYAAN! InsyaAllah!


Semoga Berjaya!! Ma'at Taufeek wan Najah!

**Gambar di petik dari ILuvIslam.com