Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Tuesday, October 26, 2010

Syaitan Pun Takut!


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu SUBUH berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu ZUHUR orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ASAR hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam.

Kemudian ketika datang waktunya MAGHRIB, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat ISYA', maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan sambil beredar pergi. 

Monday, October 25, 2010

Pandangan Bekas Mufti Tentang Islamic Fashion Festival

Orang yang PALING LAYAK untuk membicarakan ISU-ISU AGAMA ISLAM adalah MUFTI di Malaysia yang di lantik oleh kerajaan kerana ILMU AGAMA yang PALING TINGGI sekali dalam negara kita.

Berikut adalah hujah seorang bekas Mufti.



Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

Saturday, October 23, 2010

Islamic Fashion Show????

I want to begin the post with a very-very SIMPLE & BASIC QUESTION:

Do THEY really know what is ISLAM, don't they???

The first time I saw the picture of Islamic Festival Fashion (IFF), I feel ANNOYED & PISSED-OFF.

http://www.islamicfashionfestival.com.my

See the video below:



The video begin with an introduction:

"..... MODESTY is getting touch of GLAMOR. Islamic Fashion Show (IFF) organizer are hoping to show the BEAUTY of Islam to counter the NEGATIVE STEREOTYPE........."

And after that, there was a speech by an "ustaz wannabe" talking about the SPIRIT of Islam as below:

"...... in this case, Islamic fashion which reflect the TRUE SPIRIT of Islam which is VERSATILITY, which is MODESTY. We like audience to discover the BEAUTY of MODESTY is like to discover the BEAUTY of Islam, so that they will live together with PEACE & HARMONY......."

Do you know what are you talking about man?? What a NONSENSE!

How can THEY claim that this is "Islamic Fashion" ????

ISLAM NEVER EVER TEACH THE FOLLOWER TO WEAR LIKE THIS ! 

NEVER !!


Can you guys see our beloved Prophet Muhammad S.A.W name on the CHEST & PRIVATE PART of this model??? This is PENGHINAAN !







Please put aside your political sentiment for a while, whether you are UMNO, PAS or Keadilan. Let us unite for the sake of the TRUTH of our beloved religion, ISLAM! 

How can we as a MUSLIM support this??

ALLAHU AKBAR!

Monday, October 18, 2010

Solat Dhuha - Pemurah Rezeki

Muqaddimah:

Dhuha bermaksud pagi. Secara mudah ceritanya, batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.


Rasulullah s.a.w. menjelaskan:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru itu, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah sedikit lesu bekerja.

Cara melaksanakannya:

Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah Al-Syams pada Rakaat Pertama dan Al-Dhuha pada Rakaat Kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Berikut adalah doa solat selepas Dhuha yang lazimnya di baca:


Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti boleh la lakukan 4, 6 atau 8 rakaat dan sehingga 12 rakaat.

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang. Semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA..

Wednesday, October 13, 2010

Lucky Number 7

Jumlah AYAT dalam surat AL-FATIHAH ada tujuh.

Jumlah LANGIT ada tujuh.

Jumlah LAPISAN BUMI ada tujuh.

Jumlah HARI dalam SEMINGGU ada tujuh hari.

Jumlah putaran yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan THAWAF mengelilingi ka’bah adalah tujuh putaran.

SA'I (berlari-lari kecil) antara Shafa dan Marwa dilakukan sebanyak tujuh kali.

MELEMPAR JUMRAH dilakukan oleh orang yang sedang melaksanakan ibadah haji sebanyak tujuh kali.

ANGGOTA TUBUH utk SUJUD yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W untuk di tempelkan ke tanah ketika sujud ada tujuh anggota tubuh.

Jumlah PINTU JAHANNAM ada tujuh buah. Kata “Jahannam” disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 77 kali (77=7x11).

Saturday, October 9, 2010

Jamuan Bakal Jemaah Haji

Berkebetulan dengan post saya yang sebelum ini tentang Kaabah, pada malam ini mertua saya ada membuat sedikit jamuan utk bakal-bakal tetamu Allah. Mereka adalah jiran-jiran yang tinggal di lorong yang sama dengan mertua saya.

Ada 3 pasangan yang bakal menunaikan ibadat Haji iaitu:

1) Bekas Imam Besar Masjid Bangi, Ustaz Karim, jiran sebelah rumah mertua saya (bertolak pada 23/10/2010)
2) Dr Anis & suami (bertolak pada 10/10/2010)
3) En. Yusuf & isteri (bertolak pada 20/10/2010)

Semoga mereka akan beroleh Haji Mabrur & di permudahkan segala urusan di sana.