Wednesday, October 13, 2010

Daily Mission

DAILY MISSION atau Misi Harian merupakan satu kaedah yg kerap di aplikasikan dalam seminar-seminar motivasi, pengurusan dan teknik belajar. Dalam teknik ini, anda perlu mencatatkan perkara-perkara penting atau dengan perkataan yg lebih tepat, MISI ANDA PADA HARI TERSEBUT.

Tulis dalam kertas atau buku kecil untuk memudahkan anda bawak Daily Missions anda, ke mana sahaja anda pergi. Dan yang paling penting, setiap kali anda sudah menyempurnakan misi itu, tolong POTONG misi tersebut dengan garisan melintang menggunakan pen! Ya, POTONG!

Kenapa ye penting sangat Daily Missions ni?

1. Hidup anda pada hari tersebut akan BERMATLAMAT!

2. Anda dapat JIMAT MASA utk BERFIKIR… “Emmm,nak buat apa ye hari ni?” Eh, sedar tak ini sahaja akan merugikan masa kita lebih kurang 60 minit sehari (jika combine semua masa berfikir tu). Tak ke rugi?

3. Anda sememangnya akan JADI PRODUKTIF! Sebab tatkala anda memotong misi-misi yg telah selesai itu, akan terpancar semangat motivasi dlm diri anda untuk melakukan yang seterusnya! Ingat, the best motivator in this world is you!

4. Hidup anda pada hari tersebut akan cemerlang. Kalau setiap hari? Minggu itu minggu yg cemerlang… Kalau setiap minggu? Bulan itu bulan yg cemerlang… Kalau setiap bulan? Tahun itu tahun yg cemerlang… Kalau setiap tahun? HIDUP ANDA SELAMANYA CEMERLANG!

No comments:

Post a Comment